Friday, March 4, 2011

Jika Anda Ada Sebarang Masalah Dengan Properwira - Ini Reaksi Kami!

Ada pihak yang mempersoalkan mengenai page  Media Informasi "Kami Perwira UTHM" & blog ProPerwira ini. Disini ingin kami jelaskan bahawasanya page ini adalah berbentuk individu dan tidak official. Tetapi kami masih menjaga bahasa kami dalam meluahkan isu ataupun MAKLUMAT BERGUNA YANG HENDAK DISAMPAIKAN.


Biasalah adat manusia, kuman di seberang sungai nampak. Hanya memandang ~negative site~ sekiranya terdapat kesilapan maafkan kami. Jika ada sebarang ketidakpuashatian sila emelkan ke emel kami. Anda juga boleh comment di page ini. Kepada yang menyokong usaha kami dan keprihatinan kami keatas tempat kediaman kami , Kami hargai dan kami akan bersama anda.

Jika ada isu berbangkit ya tuan puan mahasiswa mahasiswi itu bermakna isu itu belum diselesaikan. Seandainya sudah diselesaikan, maknanya penyelesaian itu tidak sesuai dan perlu tindakan diambil.

Kami Pro Perwira. Pro Perwira. Pro Perwira. Saya main admin dan rakan-rakan lain berharap seandainya informasi kami cetuskan dianggap fitnah atau tidak tepat? lihatlah blog-blog lain atau page facebook rakan-rakan anda yang lebih agresif dalam pencetusan isu-isu yang langsung tidak bermanfaat keatas penduduk perwira. Skop kami hanyalah Perwira. Apa yang kami nampak dan terjadi di perwira. Seandainya ada maklumat dan info berguna yang kami tahu akan kami kongsikan.

Sekiranya anda Mahukan informasi disiarkan seperti yang anda inginkan sila emelkan kepada kami. Sekiranya anda tidak puas hati keatas Admin, sila buat blog anda sendiri. Noktah.

No comments:

Post a Comment

Like Us