Wednesday, March 9, 2011

Orang Kurang Upaya & Kita Lengkap apa Adanya

Isnin lepas, lebih kurang pukul 7.45pm , para pelajar berpusu-pusu menaiki bas dari perwira ke UTHM. Mungkin ramai pelajar yang mempunyai kelas pada malam itu. Setelah bersesak-sesak hendak masuk kedalam bas akhirnya bas pun hampir mencapai kapasiti maksimum muatan penumpang. Tiba-tiba kelihatan seorang pelajar memakai tongkat bantuan berjalan kaki. 


Pelajar ini menjadi salah seorang yang terakhir yang masuk kedalam bas. Dengan keadaan bas yang sudah penuh pelajar ini terpaksa berdiri walaupun dengan keadaan kakinya yang kurang stabil. 

Persoalannya : Mengapa dia menjadi yang terakhir untuk masuk ?
          Mengapakah dibiarkan pelajar ini berdiri?

Sudah pastinya jawapan persoalan diatas mudah untuk dijawab. Mampukah pelajar yang menggunakan bantuan tongkat untuk berjalan bersesak-sesak berebut untuk masuk kedalam bas? Tidak! Disebabkan itu pelajar tersebut menjadi yang terakhir untuk masuk kedalam bas. Dimanakah mentaliti humanity pelajar-pelajar kita?  Setelah melihat pelajar tersebut terpaksa berdiri, seorang pelajar telah menawarkan tempat duduknya kepada Pelajar tersebut. 

Apa yang ingin diketengahkan adalah, sekiranya pengangkutan awam lain menyediakan tempat duduk bagi individu yang kurang upaya mengapa tidak kita ? mungkin kita menganggap remeh perkara ini.  Kerana bukan kita yang mengalaminya.
Sekadar mencadangkan agar pihak berkenaan mengambil tindakan untuk menyediakan kerusi khas bagi pelajar kurang upaya. Ataupun papan tanda yang mengingatkan untuk mengutamakan orang kurang upaya. Supaya tahap kesedaran para pelajar yang lain akan meningkat dan akan lebih prihatin & peka terhadap orang sekeliling.


Gambar sekadar Hiasan-




No comments:

Post a Comment

Like Us