Saturday, January 29, 2011

Cafe Ditutup - Kami Menjadi Mangsa!! Siapakah yang Prihatin?

Hari ini Sabtu 29/1/2011 - Belum lagi bermulanya cuti Umum tapi kelihatan cafe telah melabuhkan pintunya. Sangkaan awal saya yang berpendapat mungkin cafe akan dibuka lewat sedikit kerana pelajar tidak ramai samasekali meleset. Gambar diambil pada jam 1 tengah hari dan kelihatan cafe masih belum dibuka. Adakah benar persoalan yang bermain diminda? cafe akan ditutup sepanjang cuti? Adakah ia satu masalah??




Memang Masalah!! Cafe yang tutup menyebabkan para pelajar yang tinggal terpaksa keluar untuk mencari makanan. Namun hujan lebat menyukarkan Pelajar untuk keluar. Gambar menunjukkan beberapa pelajar perempuan basah kuyup sambil membawa bungkusan makanan yang dibeli dari luar. Relevan kah cafe ditutup??!! Anda tentukan!!

Gambar ini pula menunjukkan beberapa pelajar sedang menunggu bas pada pukul 12.30pm [ Hampir Sejam menunggu] untuk keluar dari Perwira untuk membeli makanan. Hujan menghalang pelajar untuk berjalan kaki. Dimanakah kebajikan para pelajar? Siapakah yang peduli?


Sejurus melihat masalah yang dihadapi pelajar, saya turun untuk ke cafe. Dan terbukti cafe tidak dibuka meskipun sehingga menjelang malam dimana hujan masih turun dengan lebat.


Sekiranya anda berpendapat tidaklah besar mana beban yang ditanggung pelajar untuk berjalan keluar membeli makanan..lihat gambar ini, Kedai yang sinonim dengan gelaran 'kedai Mak Janda' juga tutup Sempena cuti Seminggu. Alahaiii.. Dimanakah hendak membeli nasi dan lauk pauk?? Makanya terpaksalah pelajar berjalan ke Jalan Utama dan mungkin terpaksa mengambil risiko melintas jalan yang TOP FIVE MOST DANGEROUS in Malaysia.

Disini pelajar yang tinggal masih tertanya-tanya adakah Cafe akan terus ditutup sehingga Tamat cuti Umum. Dengan Harapan ianya dibuka agar memudahkan para pelajar yang tinggal. Perlu ditekankan disini bahawa, Cafe di kediaman pelajar bukanlah sekadar untuk mendapat keuntungan yang besar, namun ia adalah bertujuan memudahkan pelajar. Kebajikan pelajar perlulah dititiberatkan. Dimanakah pengurusan? saya tidak menunding jari namun diharap perkara ini tidaklah benar-benar terjadi. Dan sekiranya ia terjadi, maka diharap akan ada pihak yang akan prihatin terhadap nasib pelajar yang tinggal yang kebanyakkannya orang susah atau tempat tinggal asal yang jauh. 

Ps;
Pelajar tidak elok makan makanan segera[Maggi] ,
Hujan boleh menyebabkan kesihatan pelajar terjejas,

Ps sekali lagi,
Harap esok , 30/1/2011 cafe akan dibukak seperti biasa.

No comments:

Post a Comment

Like Us