Sunday, January 30, 2011

Cafe Ditutup - Kami Menjadi Mangsa!! Siapakah yang Prihatin? Edisi 2

Ahad 30/1/2011 . 7.45pm walaupun keadaan masih hujan, kami memulakan xpdc mencari makanan. Namun beberapa langkah setelah keluar dari pagar kediaman, kami kecewa. Hasrat untuk mengisi perut yang lapar punah kerana kedai diluar kawasan kediaman yang lazimnya bukak juga tutup. Kami mendekati kedai tersebut untuk kepastian dan apa yang kami dapati kedai tersebut BANJIR! 

Air bertakung di sekitar kawasan kedai tersebut kerana hujan lebat. Alahaiii apakah nasib kami. Mungkin ungkapan anak tiri tidak relevan digunakan disini. Tapi mungkin Anak Terbuang sesuai bagi nasib pelajar yang masih tinggal di kediaman. Kini tinggal cili giling harapan kami.

BINGGO!! Cili giling juga tutup. Hanya kelihatan warga bangladesh atau nepal yang berkeliaran di sekitarnya. Hancur lebur harapan kami. 

Akibat hujan yang masih turun dan dikhuatiri akan semakin lebat , akhirnya kami balik dan singgah membeli beberapa bungkus mee sedap yang amat baik untuk pelajar. Gambar ini menunjukkan air longkang yang melimpah keluar .


Dan hari ini Isnin 31/1/2011 - Cafe masih ditutup + Hujan masih turun.

No comments:

Post a Comment

Like Us