Monday, January 31, 2011

Cafe Ditutup - Kami Menjadi Mangsa!! Siapakah yang Prihatin? Edisi 3

Semalam , 31/1/2011 hari terakhir dalam bulan 1 2011. Memang masa tak menunggu kita. Sehari dirasakan sekejap sahaja. Akan tetapi, jika perut lapar, sejam begitu lama dirasai. Semalam alhamdulillah, hujan tidak lah selebat mana. Kami keluar mencari kedai yang bukak dan alhamdulillah kami dapat Nasi Lemak bungkus.

Kedai di simpang jalan besar ini beroperasi. Walaupun sekadar menyajikan sajian kecil-kecilan ia amat mengembirakan kami. Ada pelajar yang membeli nasi lemak untuk dibawa balik untuk makan malam. 

Semasa balik kami rakamkan gambar kedai sebelah kedai runcit solenaz.  Jika gambar banjir kedai ini dientry semalam kurang jelas kerana malam, kali ini pasti jelaskan faktor ianya ditutup?!. Dan pastinya kedai ini akan terus ditutup buat seketika .
Apakah motif gambar ini diambil?? Perasan atau tidak, Semalam hari isnin, akan tetapi tidak ada pasar "malamlah sangat" Ajaib dan sedih.

 
Tapi at the end of the day, ada member yang memberi info kedai burger depan solenaz dibuka. Terima kasih la kat abang nih sebab tak mementingkan keuntungan berlipat kali ganda macam orang lain. 




Wawancara umum bersama seorang pelajar dari sabah yang tidak balik. Dirinya yang hanya dikenali sebagai M dijumpai ketika berjalan meredah hujan untuk membeli barang-barang makanan seperti roti dan mee segera.



Mungkin sampai disini sahajalah Isu ini kami ketengahkan. Jika orang nak pekakkan telinga buat apa kita nak menjerit. Mungkinkah isu ini akan berterusan setiap tahun?

Harapan Penulis ;
Diharap sistem cafe ini dirombak semula. Saya cadangkan dalam cuti 4bulan akan datang cafe akan diubahsuai menjadi seperti arked di kampus induk. Dengan terdirinya lebih dari 1 buah kedai makan sistem shif boleh dilaksanakan ketika cuti sekiranya masih terdapat pelajar yang tinggal. Kebajikan pelajar haruslah dititikberatkan berbanding keuntungan besar. Pihak pentadbiran juga perlu menyenaraikan hal ini didalam kontrak bersama peniaga.

Jika ada tersilap kata, terkasar bahasa. Harap dimaafkan , kami hanya meluahkan masalah kami dan kami percaya kami tidak patut diabaikan sebegini rupa.

Yang Benar,
Penulis Tegar.

No comments:

Post a Comment

Like Us