Saturday, February 5, 2011

Simpang Maut - Simpang Perwira. Berapakah nilai nyawa seorang pelajar?

Maaf atas kelewatan untuk Upload Gambar kemalangan nih. Rabu lepas, jam 9pm++ semasa hendak keluar mencari kedai makan, almaklumlah kedai dekat-dekat perwira semua tutupkan bagi mengelakkan kerugian. Sebab kebajikan pelajar tak penting sewaktu cuti. [Sambung Cerita] - semasa hendak melintas jalan secara merbahaya kami terpandang kereta polis dan trak penunda disimpang masuk ke kolej kediaman perwira. Lantas kami bergegas untuk melihat lebih dekat. Dan ternyata sangkaan kami tepat, berlaku kemalangan. 


Kemalangan melibatkan dua buah kereta. Sewaktu kami sampai , tiada mangsa kelihatan . Mungkin sudah dibawa ke hospital. Kedua-dua kereta remuk teruk. Cermin berderai dan bertaburan disekitar jalan. Beberapa angota polis mengawal trafik di tempat kejadian.

Lihat!! Selamatkah pemandu kancil ini?? Tidak diketahui samada mangsa adalah pelajar atau orang awam. Tapi apa yang nak saya soalkan kepada anda? bilakah nasib anda?? Maafkan saya , bukan celupar atau mendoakan, tetapi peratusan anda yang membawa kenderaan sendiri untuk terlibat dalam kemalangan dijalan ini memang tinggi. 

Sampai bilakah pelajar akan ketakutan dan mengambil risiko? Bagi pejalan kaki pula, lihatlah jejantas yang disediakan. 3 kali lebih panjang dari jalan sebenar ditambah pula dengan daya graviti. Ingin juga saya pertengahkan , "Selamatkah Jejantas Itu"?!! bayangkan , dek kerana keselamatan lalu lintas , pelajar [gadis] menggunakan jejantas. Mengikut pengamatan saya, jejantas tersebut boleh mengundang kes jenayah lain seperti [ Cabul + Ragut + Rogol ] dll. Pelajar lelaki mungkin kurang risikonya tapi masih berpotensi untuk diperas ugut atau ragut. 

Relevankah jalan ini? Mengapa tidak diusulkan untuk pembinaan trafic light? atau masih menunggu untuk pelajar menjadi korban? 


Ps, 
Ini hanyalah sekadar rintihan dan sesalan . Kalau ada pihak mendengar, harap ambil berat perkara ini. Memang masalah ini bukan bidang kuasa UTHM. Akan tetapi kebajikan dan keselamatan pelajar "Terang lagikan Bersuluh"adalah tanggungjawab azali UTHM.

Bagi Perwira-perwira UTHM. Jaga Nyawa anda kerana nyawa adalah amanah Tuhan dan anda harapan MAK AYAH & Orang yang menyayangi atau disayangi Oleh anda. 


No comments:

Post a Comment

Like Us