Sunday, February 6, 2011

Say No To Polisterin - Pro & Kontra Pendapat anda

Entry kali ini kita sentuh pasal polisterin . Harap tidak ada mana-mana pihak mempersoalkan mengenai entry ini. Ini hanyalah satu survey yang rawak yang hendak dibuat kepada perwira-perwira UTHM mengenai Polisterin & Cafe.

Pertama sekali kami ingin mengucapkan syukur kerana : Hari ini - Ahad 6/2/2011, Cafe telah dibuka. Alhamdulillah . Walaupun sedikit sesal namun tetap bersyukur. 

Pada entry ini kami ingin bertanya kepada pelajar. Adakah anda puas hati dengan penggunaan tupperware plastik yang dikenakan cas 40sen? Memang amat baik tidak menggunakan polisterin dari segi menjaga alam sekitar, akan tetapi pelajar dicas 0.40 sen untuk setiap hidangan yang di take-away. Walaupun benda ini boleh diatasi dengan membawa bekas sendiri dari rumah, tetapi ianya seakan-akan tidak relevan bagi pelajar sedangkan peniaga  yang mendapat tender di kediaman pelajar yang pastinya mendapat sambutan yang amat memberansangkan sehingga pelajar terpaksa menunggu lebih 1jam untuk satu hidangan. 

Daripada isu "katakan tidak pada Polisterin" sehinggalah timbulnya isu Sell Tupperware 0.40sen each. Relevankah? adakah ianya satu pendapatan sampingan? Bekas plastik itu pula saiznya agak kecil dan had terima untuk makanan adalah terhad. Satu strategi buisnes yang mantap. Umpama kita membandingkan "Air Penuh di Gayung , Sesuku air di tempayan" yang mana banyak.

RM4.50 + 0.40 = RM4.90

Ianya tidaklah sebeban mana, namun kalau setiap hari, setiap pelajar . Jumlah yang agak banyak. Sedangkan kalau polisterin tidak dicas pula. Memang bermanfaat untuk peniaga namun merugikan para pelajar. 


Ps,
Entry ini tidak lah berniat apa-apa. Sekadar ingin mengetahui pendapat anda. Harap anda kongsikan bersama.

Ps ++,
"Part time untuk Pelajar - Pendapatan sampingan : cari bekas yang dah dipakai, basuh bersih-bersih dan jual balik. (^.^)

Yang Tegar,
Penulis

Harap Kos Tupperware akan Disponsor pihak University 
Hehehehehehe

1 comment:

  1. jual semula?????nak jual kat spe??makcik kafe??prgghhhh..

    seram nak take away...

    ReplyDelete

Like Us