Monday, February 14, 2011

Pesta Kebudayaan Tahun Baru Cina 2011 - Sabtu Lepas

Malam sabtu lepas telah diadakan Malam Kebudayaan Tahun Baru  Cina bertempat di DTH UTHM. Walaupun kemasukan untuk ke pesta tersebut memerlukan pengunjung untuk membeli tiket berharga RM5.00, akan tetapi dengan persembahan yang dipersembahkan ,ia agak berbaloi bagi kami.


Pelbagai persembahan dipamerkan dan antaranya adalah, seni pukulan gendang, yoyo tradisi cina, mainan music orkestra cina & persembahan teater. Setiap pengunjung juga diberi air minuman dan buah limau untuk dinikmati semasa persembahan dijalankan.

Walaupun bukan berbangsa cina , pelajar-pelajar ini membuktikan semangat 1 Malaysia dengan menghadiri acara ini. Semangat yang dipamerkan pelajar-pelajar ini membuktikan pelajar UTHM menyahut seruan perdana menteri kita untuk hidup dengan Semangat 1 Malaysia.

Malah Pelajar muslimah juga turut untuk bersama dalam pesta kebudayaan ini. Gambar menunjukkan seorang pelajar membawa 3 kepingan sampul ang pau yang diedarkan kepada semua pengunjung. 
Apa isinya? Rahsia..

Limau yang diedarkan. Tertampal risalah Pro - Aspirasi. (^.^)

Pertunjukkan yoyo tradisi cina. Kagum para pengunjung dengan kehebatan pertunjukkan yang dipentaskan.


Isu tiket RM5 : Ada yang tertanya-tanya mengapa perlu bayar untuk ke pesta tersebut?

Pandangan Kami : Bagi yang mengikuti program tersebut, pasti anda tahu bahawa pertunjukkan yang dipentaskan bukan dari UTHM itu sendiri tetapi dipanggil dari kelab-kelab kebudayaan cina dari luar. Untuk mendapatkan mereka membuat persembahan, bayaran dikenakan. Jadi untuk support budget yang ditetapkan kepada Sekretariat Perpaduan [ Biro Kebudayaan tiong Hua ] yang lebih kurang 3k satu sem mungkin tidak mencukupi.

Apapun sedikit terkilan kerana masa yang sama juga kolej perwira kita mengadakan aktiviti tayangan perdana. Bagi yang telah membeli tiket untuk ke pesta kebudayaan cina maka terpaksalah meninggalkan komitmen untuk bersama perwira pada malam tersebut. We LOVE Perwira!!

Ps; kami disini tidak mempunyai kelengkapan yang baik untuk mengambil gambar atau video. Jadi maaf jika kualiti gambar kurang baik.


No comments:

Post a Comment

Like Us