Pagi ini kelihatan Pakcik Guard menjalankan tugasnya meronda-ronda di sekitar kediaman perwira. hasilnya Sebuah kenderaan disaman. Seperti yang ditunjukkan diatas resit saman yang telah dikenakan, RM100 untuk dua kesalahan. Mesti anda tertanya-tanya, bukankah isu saman telah diselesaikan? Ikuti Entry ini.
Inilah kenderaan malang yang disaman. Tahukan punca saman dikeluarkan? Sudah diberi betis nak paha. Itulah yang boleh diperumpamakan. Kita tidak boleh salahkan pihak pengurusan semata-mata. Sebelum ini pihak pengurusan telah bertolak ansur mengenai isu parking, kata putus sudah dikeluarkan. Namun ada peraturan yang masih perlu kita ikuti. Mengapa ada individu masih ambil lewa? disini perlulah tolak ansur antara Pengurusan dan Para Penghuni. Buat individu yang disaman, buatlah surat atau pergi berjumpa dengan pihak pengurusan. Jika anda punyai sebab sila jelaskan insyaallah saman anda pasti akan dikurangkan.
Pengajaran buat yang lain. Parkinglah mengikut tempat yang telah disediakan. Keingkaran anda mungkin akan menyusahkan orang lain.
No comments:
Post a Comment