Friday, February 25, 2011

Lagi-lagi Kemalangan Jalan Ke UTHM - Sampai Bila?

25/2/2011 - Jumaat. Dihari yang mulia ini, sekali lagi terjadinya kemalangan yang tidak diingini. Kali ini diantara sebuah kereta dan motorsikal. Identiti Mangsa tidak diketahui. Mungkinkah pelajar UTHM? Mungkinkah penghuni Perwira? Nauzubillah. Kemalangan ini mengakibatkan Kesesakkan jalan raya pada pagi tadi. Kelihatan percikan darah di lantai jalan. Sedih dan Sesal!


Nampakkan percikan darah? Jika kebarangkalian kecederaan mangsa di dalam kemalangan melibatkan kereta dan kereta adalah tinggi. Apatahlagi diantara motorsikal dengan kereta . Sama-samalah kita mengingati diri kita untuk berhati-hati dan sentiasa bertawaqal kepada Allah sebelum melangkah keluar rumah.

Masih tidak adakah pihak yang prihatin ? Nyata sekali bahawa jalan ini adalah jalan yang berisiko tinggi berlaku kemalangan. Mengapa tidak ada jalan pencegahan. Mengapa masalah berlakunya kemalangan tidak dirungkai dan diselesaikan? 

Apakan daya. Persoalan diatas sudah lapok. 


Apa-apapun terima kasih kepada penghuni perwira kerana mengemelkan kepada kami gambar diatas. Sekiranya anda mempunyai info atau perkara yang hendak diketengahkan atau dipromosikan kami sedia membantu.

This entry, credit to : Mr Muhammad Izham & Mr Fuzeaimiey

No comments:

Post a Comment

Like Us