Tuesday, February 22, 2011

Rapat Umum Calon-calon Di Perwira - Meriah

21/2/2011 - Malam semalam rapat umum telah diadakan di Perwira. Kecoh dan Hangat suasana di perwira dengan sorakan-sorakan para penyokong tegar calon-calon yang akan bertanding. Memang menarik dan meriah. Disitu boleh kita lihat betapa bersemangatnya para mahasiswa/i untuk memimpin dan membela nasib para pelajar UTHM. 

Kesal - Berlaku sedikit kekecohan antara dua pihak. Namun alhamdulillah berjaya dileraikan dengan mudah.


Calon-calon Menggunakan pembesar suara menyuarakan manifesto mereka sambil disokong dan disorak oleh penyokong-penyokong tegar mereka.

Bersemangat -  Pelajar asing yang juga menjadi calon untuk pilihan raya ini juga tidak terlepas peluang untuk membuat rapat umum di perwira. 

Mantan YDP - Shahzada Khan juga tidak terlepas untuk menyokong rakan-rakan seperjuangannya semalam.

Nik Afnan & Syed M Shahir peneraju Kelab satu Malaysia juga adalah calon-calon yang juga turut hadir membuat rapat umum semalam.

Kelihatan Seorang mahasiswi memakai baju Pro M Memakai tudung beserta penutup muka bersorak untuk calon pilihannya 
Juga Kelihatan beberapa mahasiswi memakai baju  Pro A menyertai rapat umum semalam.

Namun akhirnya setelah selesai rapat umum. Ini yang boleh kita lihat. Risalah-risalah berselerakan. Kecewa sedikit kami rasakan. Sepatutnya ini sama sekali tidak berlaku. 

Apa-apapun Keputusan Pilihanraya telah pun diketahui. (^.^) dan kami percaya semua calon telah berusaha dengan yang terbaik. Terima kasih kepada semua calon kerana berani tampil untuk menjadi pemimpin pelajar di UTHM. Kepada yang menang tahniah, kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi tahun depan. 

Dan Tidak lupa juga. Jutaan terima kasih untuk para Perwira Uthm kerana sanggup meluangkan masa untuk mengundi menentukan peneraju Majlis Perwakilan Pelajar UTHM. Andalah Perwira UTHM!!!

1 comment:

Like Us