Monday, February 21, 2011

Tunaikan Tanggungjawab Anda - Selamat Mengundi

Selasa - 22/02/2011 - Setelah empat hari calon-calon MPP sesi 2011 berkempen, maka bermulalah proses demokrasi dikalangan pelajar-pelajar UTHM, dimana ia bermula dari 8.30 pagi dan akan berakhir pada 4.30 petang nanti. Gambar menunjukkan seorang pelajar yang baru selesai mengundi di kediaman perwira. Bila ditanya siapa pilihannya, beliau menjawap undi adalah rahsia.

Bagi kolej Kediaman Perwira, tempat mengundi adalah bersebelahan dengan surau kolej kediaman. Ayuhlah kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar bagi memilih calon-calon yang akan menerajui kepimpinan dan menjadi suara kepada kita.

Selamat mengundi kepada semua Pelajar-pelajar Uthm dan Kolej Kediaman Perwira.

p/s : Mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan tulisan dan perkataan yang digunakan.

Second Admin Properwira :  M.A.

No comments:

Post a Comment

Like Us