Saturday, February 19, 2011

Perang Poster Melanda - Kehangatan PilihanRaya Terasa

Sabtu, 19/02/2011 - Kelihatan ramai calon-calon MPP yang akan bertanding dalam pilihan raya pada isnin ini turun padang ke Perwira untuk menampal poster-poster manifesto mereka. Umpama satu pesta apabila calon-calon dan wakil-wakil mereka turun untuk memperkenalkan diri mereka kepada perwira uthm.

Dan sekarang Kawasan kediaman kita dipenuhi poster-poster calon yang akan bertanding. Harus kita puji semangat mereka untuk menjadi Wakil pelajar dalam mengetengahkan permasalahan pelajar UTHM dan menegakkan keperluan para mahasiswa mahasiswi.


Antaranya adalah Hafiz Ariffin . Penuh bersemangat!! itulah yang boleh digambarkan, Calon ini bersama-sama wakil-wakilnya mengedarkan risalah.

Hafiz sedang menerangkan kepada seorang foreigner mengenai pilihan raya yang akan dijalankan pada 21/2/2011[Isnin] ini.

Penyokong tegar Hafiz memakai baju sepasang yang mempamerkan "Vote For Hafiz" persis sewaktu kehangatan AF7 dimana pemenangnya adalah Hafiz AF7

 Antara calon-calon lain yang sempat kami ambil gambar sewaktu mereka turun padang.

Marina Mazlan

Nik Afnan


Muhammad Fadhli


Semoga berjaya dan selamat bertanding kami ucapkan kepada semua calon. Buat perwira-perwira UTHM pula selamat mengundi. Jalankan kewajiban anda di pusat makmal computer perwira pada Isnin ini. Andalah yang layak menentukannya.

Ps, Maaf jika terdapat kesilapan ejaan & maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan.

No comments:

Post a Comment

Like Us