Friday, February 18, 2011

Lagi Kemalangan Di Pintu Masuk UTHM

Semalam [khamis] - 17/2/11 , Sedang Mahasiswa/i sibuk dalam pelajaran dan ditambah pula dengan kehangatan bahang pilihanraya , berlaku kemalangan dasyat diantara bas dan sebuah kereta kancil betul-betul berhadapan dengan pintu masuk UTHM. Kemalangan tersebut berlaku pada sekitar pukul 7.45 pagi dan kesan dari kemalangan tersebut berlaku kesesakan lalu lintas.

Gambar diambil dari dalam bas Perwira semasa hendak masuk ke kelas. Dari desas-desus yang kami terima, pemandu kereta kancil & 4 lagi penumpang lain yang adalah perempuan. Status samada mangsa adalah pelajar UTHM atau tidak belum dapat kami kenal pasti.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut?
Dan bagaimanakah keadaan mangsa-mangsa yang terlibat?

'
Di badan bas terpampang Universiti Tun Hussein Onn. Inilah yang kita takuti. Sedangkan di kawasan berlampu isyarat lagi terjadinya kemalangan. Apakah pula nasib dikawasan kediaman Perwira?? Sampai bila Perwira-perwira UTHM akan terus mengambil risiko tergadai nyawa untuk turun ke kelas? atau keluar dari kediaman? Adakah calon MPP boleh menjanjikan apa-apa?

Inilah dia. TERBALIK. itulah yang terkeluar dari mulut kami secara spontan apabila melihat kereta mangsa. DASYAT! namun alhamdulillah juga kerana desas desus mengatakan mangsa selamat dan tiada sesiapa terkorban nyawa. 

Polis turun untuk menjaga lalu lintas dan menyiasat kes tersebut.

Ps, 

-Hati-hatilah para sahabat , sentiasa bekalkan diri dengan ayat-ayat suci dan berdoa agar kerja seharian berjalan lancar dan dijauhi dari malapetaka.

-Harap-harap bakal barisan MPP baru dapat menegakkan nasib PERWIRA UTHM yang berisiko menggadai nyawa setiap hari (^.^) 

-We Want Traffic Light!! peace

No comments:

Post a Comment

Like Us